Google
 

Bahan Bantu Mengajar (BBM) - BUKAN ELEKTRONIK


Definisi:

BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

Kategori:

Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

  • Bahan bantu mengajar bukan elektronik
  • Bahan bantu mengajar elektronik
  • Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

Bahan bantu mengajar BUKAN ELEKTRONIK

1. Papan hitam atau papan tulis

2. Buku teks

3. Papan pemer atau papan buletin

  • Sumber pengajaran yang produktif
  • Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar

4. Fail tegak dan bahan bacaan

  • Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota

5. Gambar

6. Kad imbasan dan kad cantuman

  • Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya.
  • Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar
  • Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong, Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki

7. Carta

8. Grafik

9. Papan pengajaran

  • Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar
  • Contoh: papan flanel - sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad maklumat - mudah alih dan mudah dibawa
  • di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri

::PAPAN FLANEL::

10. Model tiga dimensi

11. Boneka atau patong

  • Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
  • Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

12. Diorama

  • Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi

::DIORAMA::

Format N73


ini da sedikit info kepada pengguna nokia N73... kalo rosak ke asek hang ke, try2 la format. tapi make sure fomat handphone, bukan memory card. keluarkan dulu memory card tu lagi senang. kang habis hilang semua gambar2 lagu2 kang sape nak menjawab?? Moi cuba bagi cadangan je. sape nak ikot, ikot la. tiada sebarang paksaan okay!

Code: *#7370#
Password: 12345
/
/
/
/
/
DONE!!


Idea...


Mm... sebenarnya idea untuk Moi and the gang buat PAYUNG SERBAGUNA tu datang nye lepas tengok gambar payung-LED ni la... ni lagi cool kan.. sebab LED je, takde nak pasang lekat bagai sume tu. yang kitorang buat tu pon kan prototaip je, so boleh diperbaharui lagi dengan idea2 yang lebih menarik kan..




PAYUNG SERBAGUNA


PAYUNG SERBAGUNA dicipta / direka bersama ahli kumpulan Moi. apa yang ajaib serbaguna?? sudah semesti nya kegunaanya. bukan sekadar dapat melindungi kita manusia dari hujan @ panas matahari, tetapi banyak juga kegunaan2 lain.


antara kegunaan2nya:
  • mempunyai ciri2 keselamatan - boleh digunakan untuk memepertahankan diri jika di dalam kesusahan. Contohnya diserang perompak atau peragut.
  • lampu yang terdapat pada batang payung membantu perjalanan pada waktu malam.
  • poket2 yang terdapat di dinding2 payung membolehkan penyimpanan barang2 seperti handphone, wallet, dan lain2 pada hari hujan bagi mengelakkan kebasahan.

CARA PEMASANGAN

1. Payung dibuka terlebih dahulu

2.Lampu keselamatan dilekatkan pada batang payung menggunakan alat pelekat yang disediakan


3. Lekatkan di bahagian atas dan bawah


PAYUNG SIAP UNTUK DIGUNAKAN!!!



Poket yang disediakan boleh memuatkan wallet, handphone, buku nota, kalkulator, pen dan lain2.


Payung serbaguna ini juga cukup besar bagi menampung 2 - 3 pengguna dalam satu masa.



Lampu akan memudahkan pemandu2 kenderaan lain nampak kita yang sedang berjalan di bahu jalan dengan adanya lampu keselamtan di payung ini. mungking risiko terhadapa bahaya dapat dikurangkan ;)

Kumpulan sasaran bagi ciptaan ini adalah bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah. kebanyakan ibu bapa zaman sekarang gemar menghantar anak2 mereka ke tuisyen, tetapi tidak kesemua ibu bapa menghantar dan mengambil anak2 pergi dan pulang dari tuisyen. selalunya juga, tuisyen banyak dijalankan pada waktu malam, so sesuai sangat la PAYUNG SERBAGUNA ini juka hendak digunakan. tidak ketinggalan juga pelajar2 universiti yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke kelas pada waktu malam.

nak buat sendiri pon boleh. lagi jimat!

Annoying Alarm Clock!!!


sesiapa yang rasa susah nak bangun pagi sila la pegi cari jam2 loceng kat bawah ni ye. teknologi dan inovasi yang menarik ni. untuk menggalakkan lagi kita lebih mudah bangun pagi.

lets check it out!

Jam Loceng Puzzle - kena siapkan puzzle untuk berhentikan bunyi nya. pagi2 mamai2 lagi dah kena berfikir kan. tapi kalo berfikir tu sah2 la mata pon dah celik luas aje.


Ayam dan Telur - telur2 akan keluar bila jam loceng bunyi dan ianya akan stop selepas semua telur2 yang keluar tadi tu dimasukkan semula.


Climbing Clock - ia digantung di atas kepala dan apabila jam ni berbunyi, it starts to climbing. macam makin tinggi makin tinggi la. kalo lambat bangun nak diamkan jam tu alamat nye kena cari tangga la wey!


Cari Pin yg betul - jam ni ada banyak pin or punat2. if jam dah bunyi, cari la punat mana yang boleh stop kan bunyi tu.. tekan je semua labu...


Floating Around - will float around the room sampai la kita dapat tangkap!


Hide n Seek - yang ni paling best! sambil dia bunyi, sambil jam ni pi lari cari tempat nyorok.


Some of coolest innovation...


1. Phone / MP3 / iPod charger holder. tak payah susah2 nak letak phone kat atas meja ke tv ke kerusi ke if nak charge.


2. Erm.. nak panggil ape ek benda ni?? macam penanda buku la lebih kurang. tapi telah diupgrade sikit jadi ada lubang boleh masuk jari. so kalo buku kita baca tak habis lagi kita letak dekat rak dengan benda ni, senang nanti nak amik balik. tempat bacaan yang lepas pon tak hilang.


3. Plug extension.... sangat menarik bukan?? tak de yang keras2 lagi... macam wayar je. tapi ni boleh guna untuk 2 pin je.


4. Mobile phone - projector... senang nak dibawa ke mana2. tak payah nak usung berat2 lagi. hanya handphone saja memadai. ;)


5. Sofa-PC... terdapat bahagian untuk meletakkan PC. sambil menontot TV, boleh jugak siapkan assignment kan?


6. Touch screen white board - lebih senang untuk si guru berinteraksi dengan pelajar. tak perlu risau masalah marker pen kehabisan dakwat or tersalah guna permanent marker kat whiteboard.


Konsep TIP...


TEKNOLOGI - kemahiran menggunakan pengetahuan saintifik mahupun tidak secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi menjalankan tugas.

"teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja, ia merangkumi proses dan idea"

Elemen yang perlu ada:
  • akal
  • panduan alat & bukan alat
  • seni
  • sains
  • sistem
  • penyatuan ilmu

INOVASI - pembaharuan / pembangunan teknologi baru @ aplikasi sesuatu teknologi dalam keguanaan tertentu (dinamik)


PENDIDIKAN - proses komunikasi yang diperlakukan secara seni dan berteknologi bagi melahirkan insan sempurna dari segi

J- jasmani
E- emosi
R- rohani
I- intelek


Apa itu???



About Moi...


Moi adalah si Penulis. Penulis adalah Moi. Di dalam blog ini, penulis akan membahasakan dirinya "Moi", bukan "Amoi" ok!


HARAPAN: supaya blog ini menjadi sumber rujukan yang berguna satu masa kelak.

hello...



namaste

hye

aloha!

bonjour..

sawadikap

salam...


ucapan sebagai tanda merasmikan Blog TIP's ini... setelah mengedit2 segala macam, terhasil juga blog yang tak seberapa rupanya ini. khas untuk tatapan semua pengunjung TIP's.