Google
 

Bahan Bantu Mengajar (BBM) - BUKAN ELEKTRONIK


Definisi:

BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

Kategori:

Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

  • Bahan bantu mengajar bukan elektronik
  • Bahan bantu mengajar elektronik
  • Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

Bahan bantu mengajar BUKAN ELEKTRONIK

1. Papan hitam atau papan tulis

2. Buku teks

3. Papan pemer atau papan buletin

  • Sumber pengajaran yang produktif
  • Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar

4. Fail tegak dan bahan bacaan

  • Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota

5. Gambar

6. Kad imbasan dan kad cantuman

  • Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya.
  • Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar
  • Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong, Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki

7. Carta

8. Grafik

9. Papan pengajaran

  • Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar
  • Contoh: papan flanel - sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad maklumat - mudah alih dan mudah dibawa
  • di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri

::PAPAN FLANEL::

10. Model tiga dimensi

11. Boneka atau patong

  • Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
  • Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

12. Diorama

  • Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi

::DIORAMA::

No comments: